Raya 2025 Bersama Sempoi Studio – Kenangan Lebaran Takkan Pudar

Salam lebaran buat semua! Raya bukan sekadar baju baru dan ketupat rendang, tapi juga detik-detik manis bersama keluarga yang patut diabadikan. Tahun ini, Sempoi Studio hadir dengan dua pilihan sesi fotografi yang pasti menambah seri hari raya anda!


"Di warung lama, cerita bersulam,
Kopi pekat, gelak berdentam.
Syawal menjelang, rindu bertamu,
Mari rakam, sebelum berlalu."

Warung SS bukan sekadar latar, tapi rasa. Tingkap usang berayun perlahan ditiup bayu, meja kayu bersanad usia, dan beca tua menggamit nostalgia. Di sinilah Syawal mengalir seperti cahaya pagi—hangat, lembut, dan tersimpan kemas dalam lipatan memori.

Tempah sesi studio Warung SS dan abadikan momen indah bersama sebelum Syawal berlalu meninggalkan kita.

Syawal datang sekejap, kenangan kekal selamanya.

Untuk makluman

31hb Mac - 1hb April dibuka untuk 'walk-in' sahaja

tiada tempahan diterima.

Warung SS (sesi studio)


Warung SS (Sesi Studio) – Konsep klasik ala warung kampung, penuh nostalgia dan kemeriahan. Sesi ini khas untuk yang nak suasana raya yang unik, santai tapi tetap penuh makna!


Raya Express (Outdoor & Rumah)


Raya Express (Outdoor & Rumah) - Untuk yang nak keindahan luar sebagai latar atau lebih selesa bergambar di rumah sendiri. Kami datang, kami shoot, anda senyum – siap!

Jadi, jangan biarkan memori raya hanya dalam ingatan. Jom rakamkan bersama kami di Sempoi Studio. Tempat terhad, siapa cepat dia dapat! 



"Ramadan tiba berkatnya luas,

Syawal menjelang hati pun puas.

Secebis masa, seumur kenangan,

Diabadikan, tak luput zaman."

Tatkala bulan mulia bertamu, Raya Express oleh Sempoi Studio hadir menghidupkan kenangan di laman sendiri atau di hamparan alam nan permai. Sama ada di hadapan rumah nan damai, di kaki Gunung Lambak yang bernafas tenang, di padang golf yang hijau terbentang, atau di lorong-lorong Jalan Ismail yang sarat nostalgia—setiap detik Syawal dirakam dalam bingkai yang tak ternilai. Klik sini untuk artikel penuh.

Tempah sesi sebelum bulan ini berlalu, agar kisah ini terpahat jitu.

Ramadan seketika bertamu di jiwa, namun memorinya kekal selamanya.

Fine Art Photography

Raya Express (sesi rumah/Outdoor)