Selamat datang ke rumah atok
 
 
bertema melayu klasik, pastinya kelihatan unggul
 
rasai suasana beraya di kampung halaman seolah - olah berada di rumah atok
Jemari tak dapat berjabat
Raga tak dapat bertatap
 
Seiring beduk yang bakal menjelma
kami perkenalkan tema raya kami yang terkemuka
 
Rumah Atok
Terma & Syarat
 
"10 april hingga 12 april"
(10pagi -10malam)
walkin sahaja tiada tempahan di terima
Tempahan
- Tiada limitasi untuk tempahan slot, anda boleh menempah 1 atau lebih slot.
- tempahan slot hanya boleh dibuat melalui booking link sempoistudio.com
- bayaran deposit sebanyak MYR 50 akan dikenakan untuk 1 slot tempahan.
- pembayaran perlu dilakukan secara online transfer/debit/kad kredit
- Anda diminta untuk mengisi borang maklumat yang telah kami sediakan untuk kami mendapatkan maklumat asas anda untuk memudahkan urusan
Pembatalan / perubahan tempahan
- Tiada pemulangan deposit sekiranya anda membatalkan tempahan.
- Pembatalan / penukaran tarikh hendaklah dibuat 10 hari sebelum tarikh tempahan anda.
- Anda diminta untuk menghubungi admin kami di whatsapp untuk tujuan pembatalan atau penukaran masa tempahan
Sewaktu sesi photoshoot
- tempoh masa sesi fotografi untuk 1 keluarga adalah selama 10 - 15 minit
- anda boleh menukar pelbagai gaya dalam tempoh masa yang diberikan.
- berikan kerjasama yang baik pada jurufoto untuk hasil yang memuaskan.
- pecahan gambar keluarga akan dikenakan cas rm100 untuk softcopy setiap pasangan.
Softcopy
- softcopy akan diterima dalam tempoh masa 24-72 jam.
- softcopy akan diberikan melalui link ( online gallery )
- online gallery hanya valid selama 2 bulan selepas tarikh terima
- pelanggan dikehendaki memuat turun gambar sebelum tamat tempoh 2 bulan
- gambar untuk print out menjadi frame boleh dipilih melalui galeri online.
Pembayaran
- bayaran penuh dalam bentuk tunai atau online perlu di buat sejurus selesai sesi photography
Tanggungjawab pelanggan
- Anda dinasihatkan supaya hadir 15 minit lebih awal dari waktu yang telah ditempah, ini bertujuan untuk mengelakkan kelewatan.
- untuk keluarga yang besar ( lebih dari 15 orang dan lebih dari 3 pecahan ffamily kecil ) hendaklah memaklumkan pada pihak kami terlebih awal, untuk mengelakkan kan kesulitan semasa sesi fotografi.
- Anda disarankan untuk bersiap lebih awal ( sudah siap dengan busana / sepatu / dll aksesori ) untuk mengelakkan pembaziran masa ( masuk studio terus ambil gambar tiada delay dan pembaziran masa )
- Bagi yang mempunyai anak kecil, tolong kawal anak - anak anda, supaya tiada isu kecederaan dll.
Tanggungjawab jurufoto
- merakam gambar pelanggan
- 'post process editing' untuk setiap softcopy
- menyiapkan softcopy & hardcopy yang telah ditempah.
 
or scan barcode to contact us
Sempoistudio.com
No 553 Tingkat 1, Jalan Mersing, Taman Kluang Baru, Kluang, Johor